Ciri-ciri Kuang raya

Badan burung kuang raya diselubungi bulu pelepah berwarna perang. Kepala dan lehernya berwarna biru, jambul dan tengkuknya berbulu hitam. Bahagian atas dadanya berwarna kemerahan.

Burung ini ganjil antara spesies burung Galliformes kerana ia tiada kelenjar selisik. Paruhnya tidak bergigi.

Bulu burung jantan dan betina

Burung kuang raya jantan ialah antara burung kuang yang paling besar dengan panjang badan 160–200 sentimeter termasuk ekor 105–143 sm dan dengan berat 2.04–2.72 kilogram[8] Burung jantan dewasa mempunyai bulu-bulu ekor yang sangat panjang dan lebar serta bulu sayap panjang dihiasi tompok mata besar. Burung jantan muda mendapatkan bulu-bulu ini pada usia tiga tahun.[9]

Badan kuang raya betina lebih kecil dan kusam dari kuang jantan, dengan ekor lebih pendek dan kurang tompok mata. Panjang seluruh badan kuang betina 72–76 sentimeter termasuk ekor 30–36 sm dengan berat antara 1.59–1.7 kilogram.[8]

Rujukan

WikiPedia: Kuang raya http://www.beautyofbirds.com/greatarguspheasants.h... http://www.feathersite.com/Poultry/NDG/Pheas/Argus... http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=... http://www.wildlife.sabah.gov.my/edu/ekosistem%20p... //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2020-3.RLTS.T22725006A... http://www.bobbarnes.us/Bob_Barnes/Drawings_of_the... https://nla.gov.au/nla.obj-60272771/view?partId=nl... https://nla.gov.au/nla.obj-60272771/view?partId=nl... https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Argusianus+a... https://archive.org/details/handbookofbirdso0001un...